Thursday, June 21, 2007

Maafkan aku Ayah

Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku, berbicara menyalakan api
Tika kau di sampingku tuturmu kuanggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak ku endahkan

Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Andai dapat ku kembali, mengubah yang terjadi
Pasti takkan ku ulangi, walau hanya sekali
Namun hanya do'a yang bisa, ku kirimkan
Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerana kita kan, kerna kita kan akhirnya sendiri.

Tuesday, May 22, 2007

Harapanku padaMu subur kembali

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Di waktu mengenang rahma-tMu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaran-Mu
Ya Alloh Tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Saturday, May 19, 2007

Indahnya Hidayah......Alhamdulillah

Ya Allah...terasa indah ketika aku selalu dalam ketaatan kepadaMu..
Engkau yang Maha Pengampun....
Selalu mengampuni diri ini walaupun aku berulang kali melakukan salah
Ya Allah..tiada yang lebih berharga di dunia ini selain ridha dan ampunanMu
Ya Allah..tetapkan hati ini di JalanMu..
Hindarkan diri ini dari harapan dan keinginan yang dapat membuat diriku menderita
Aku berserah diri kepadaMu ya Rabb..
Berikan aku yang terbaik..

Thursday, May 17, 2007

Welcome to my "Lakaran Minda"

Betapa inginku diami sebuah daerah
seindah lakaran minda
Dunia anganan yang damai terlalu sempurna
Bagaikan gambaran syurga
Kesantunan murni menjadi wiritan
Segalanya tunduk dalam ketaatan

Semua manusia merasa dirinya bersalah
Dan lantas memohon ampun
Mendermakan harta sehingga tiada siapa
Yang sudi menrimanya
Tiada terdengar tangis kelaparan
Tiada sengketa peperangan

Kupadamkan mentari kehangatan
Kunyalakan bulan kegelapan

Bebintang kusentuh kupetik
Kutabur di jalanan
Menjdi lampu alam
Berkelip kelipan

Anak-anak minta dipukul
Kerana merasa sakitnya ibu melahirkan
Para isteri memukul diri
Kerana merasa diri derhaka pada suami

Keluarga bagai syurga disegerakan
Para suami rela akui kelemahan

Begitu indahnya dunia mimpiku
Dapatkah kubawa dalam realitiku